Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan rasuah sebagai ‘barah’ utama yang melemahkan ekonomi negara serta menjatuhkan moral dan keyakinan rakyat. Foto hiasan Envato

Rasuah ‘barah’ utama lemahkan ekonomi negara – Anwar

BySalasiah Safian

KUCHING, 21 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan rasuah sebagai ‘barah’ utama yang melemahkan ekonomi negara serta menjatuhkan moral dan keyakinan rakyat.

Kata beliau, ia antara isu pokok yang harus ditangani sebelum menyelesaikan dua masalah struktural iaitu ekonomi rakyat dan ekosistem perniagaan yang hambar serta kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan yang lemah.

“Pada tahun pertama saya telahpun menoktahkan amalan rundingan terus dalam perolehan kerajaan dan beralih ke sistem tender terbuka. Sekian lama rundingan terus yang tidak telus telah membazirkan wang rakyat dan terdedah kepada rasuah. Ini telahpun dihentikan.

“Ada dalam kalangan rakyat yang membangkitkan, jika benar rasuah masih bermaharaja lela, mengapa tidak kerajaan segera menghukum mereka? Kita semua harus memahami bahawa jalur hukum serta proses mahkamah itu perlu bebas dan mengambil masa,” katanya dalam Perutusan Negara yang disampaikan di Ibu Negara malam ini.

Tambahnya, kerajaan tidak akan masuk campur proses kehakiman dan memberi ruang sepenuhnya kepada agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memperhebat usaha membanteras rasuah dan ketirisan hasil negara habis-habisan.

Selain itu, peranan Jabatan Audit Negara juga diperkasa supaya tatakelola dalam perkhidmatan awam dapat ditambah baik.

Katanya lagi, antara akibat besar yang mungkin tidak ramai sedari adalah seperti tender terbuka dalam projek Rancangan Tebatan Banjir mampu menjimatkan wang rakyat sehingga RM2 bilion; sindiket penyeludupan di pintu masuk negara oleh sebilangan kecil pegawai awam berjaya ditumpaskan yang menyaksikan hasil negara tiris hingga RM2 bilion sejak 2017.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan OPS TIRIS bagi membanteras penyeludupan diesel yang selama ini amat merugikan dan kartel minyak masak, ayam dan telur dipecahkan supaya harga dan bekalan terkawal dalam meredakan kos sara hidup,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan