Search
Close this search box.
Sarawak dan Sabah dikecualikan dari penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel. Foto TVS

Penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel tidak libatkan Sarawak, Sabah

ByAdlina Rahman

KUCHING, 21 Mei: Sarawak dan Sabah dikecualikan dari penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Perutusan Negara malam ini.

Katanya, Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia sahaja.

“Sabah dan Sarawak hampir setiap keluarga menggunakan diesel untuk kenderaan. Jadi kita menangguhkan sebarang tindakan penyasaran subsidi ke atas bahan api diesel (di Sabah dan Sarawak) kerana akan membebankan rakyat.

Namun kata Anwar, bagi membendung kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan di Semenanjung Malaysia, kerajaan akan terus menyediakan subsidi diesel kepada para peniaga yang menggunakan kenderaan komersial bermotor diesel melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Beliau menambah ia akan turut melibatkan kategori nelayan tertentu.

Dalam pada itu Anwar turut menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan juga bersetuju untuk menyediakan bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak termasuk petani kecil, pesawah dan peniaga kecil.

“Dengan usaha penyasaran subsidi diesel ini, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan