Search
Close this search box.
Penyampai berita TVS memakai baju etnik Sarawak sempena Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan.

Penyampai berita TVS pakai baju etnik Sarawak sempena Minggu Perpaduan

ByMuqri Aziz

KUCHING, 21 Mei: Penyampai berita TV Sarawak (TVS) hari ini memakai baju etnik Sarawak sempena Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan yang diraikan pada 23 hingga 26 Mei ini.

Langkah yang diambil TVS itu disambut baik Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang menerusi hantaran di Facebook yang menyifatkan ia dapat menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum.

“Saya berharap agar usaha ini turut dicontohi oleh semua stesen TV yang lain dalam menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan nilai kebersamaan,” katanya.

Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan akan berlangsung di Padang Akasia & Begonia, Angsana Johor Bharu Mall, Johor selama tiga hari yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti Jualan Rahmah, Pameran Perkampungan Rumah Panjang Masyarakat Iban & Masyarakat Orang Asli, Malam Irama Sama-Sama Kita (Konsert Perpaduan), Pameran Aset Ketenteraan dan PDRM dan Persembahan Kebudayaan.

Aaron berkata sambutan itu merupakan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara dalam memupuk semangat perpaduan dalam jiwa masyarakat Malaysia.

“Jom ramai-ramai memeriahkan sambutan ini dan menjiwai ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’,” katanya lagi.

Tahun lalu, Sarawak menjadi tuan rumah Sambutan Minggu Perpaduan yang diadakan di Tebingan Kuching.

Saksikan penyampai berita TVS dan wartawan lokasi yang mengenakan pakaian etnik tradisional Sarawak di semua buletin berita TVS bermula hari ini sehingga 26 Mei ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan