Search
Close this search box.
Bekas wartawan penyiaran, Dato Affandi Tahir, meninggal dunia di kediamannya di Kuching pada 20 Mei 2024.

Naluri wartawan Allahyarham Affandi Tahir tidak pernah luntur

ByAmirah Shawel

KUCHING, 21 Mei: Kesungguhan dan dedikasi wartawan-wartawan veteran dalam usaha menyampaikan berita sahih kepada masyarakat perlu dihargai dan diteladani oleh wartawan masa kini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata walaupun wartawan veteran Bumi Kenyalang, Allahyarham Dato Affandi Tahir telah lama bersara, beliau sentiasa memiliki sifat ingin mengetahui perkembangan semasa wilayah ini.

Naluri wartawan Affandi Tahir tidak pernah lusuh | TVS

“Beliau sering menghubungi saya bertanya tentang perkembangan semasa dan perkara berkaitan isu politik dan masyarakat.

“Cabaran yang dilalui wartawan-wartawan zaman sebelum teknologi digital diperkenal untuk menyampai berita dan peristiwa untuk tatapan Masyarakat harus dihargai dan dikenang. Kegigihan dan kesungguhan wartawan veteran ini juga harus diteladani wartawan zaman sekarang,” katanya ketika dihubungi TVS.

Bekas wartawan penyiaran, Dato Affandi Tahir, meninggal dunia di kediamannya di sini malam tadi.

Berita pemergiannya disahkan anaknya, Faisal Affandi yang menyatakan bapanya yang berusia 83 tahun telah menghembuskan nafas terakhir pada 10.53 malam.

Affandi merupakan bekas wartawan penyiaran radio di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Antara jawatan terakhir beliau ialah Pengarah RTM Johor (1992-1996) dan kemudiannya Ketua Pegawai Eksekutif Cats FM.

Allahyarham juga menulis buku tentang kisah hidupnya yang berjudul “From Belacan to FM”.

Affandi memulakan karier sebagai pembantu penyiaran di Radio Sarawak pada April 1961. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan