Search
Close this search box.
NAKSENI mempamerkan hasil lukisan hasil seni OKU pada Majlis Pelancaran Inclucity Launch Party & Artists Mingle. Foto TVS

NAKSENI bantu pamer, jual lukisan karya OKU

ByTVS

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai bakat dan kemahiran melukis berpeluang menjana pendapatan dengan menjual pelbagai hasil karya secara dalam talian menerusi platform NAKSENI.

Pengasasnya, Armani Shahrin berkata platform jualan dalam talian itu bertujuan memberi nilai tambah kepada cabang perniagaan OKU supaya mereka tidak bergantung kepada hasil jualan lukisan secara fizikal sahaja.

“Dalam komuniti NAKSENI ada lebih 100 artis lukisan pelbagai daripada OKU, jadi kita akan lihat hasil seni daripada mereka yang berpotensi,” ujarnya.

Beliau di temui pada Majlis Pelancaran Inclucity Launch Party & Artists Mingle yang disempurnakan oleh Presiden OKU Sentral Datuk Dr Ras Adiba Radzi.

Menurut Armani, pelancaran platform dalam talian itu bertujuan supaya segala informasi dan hasil gambar golongan OKU ini dapat dibantu dan menyediakan kemudahan kepada kumpulan sasar itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan