Search
Close this search box.
Bursa Malaysia terus menerima suntikan dana oleh pelabur asing bagi minggu kedua berturut-turut dengan pembelian bersih berjumlah RM202.4 juta minggu lepas. Foto Envato

Malaysia tarik RM76.1 bilion pelaburan asing

ByAdlina Rahman

KUCHING, 21 Mei: Malaysia berjaya menarik sejumlah RM76.1 bilion pelaburan asing setakat Mac 2024, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, hasil pelaburan ini melambangkan keyakinan baharu pelabur kepada ekonomi negara yang berpandukan Ekonomi MADANI.

“(Angka) ini termasuk dari Australia (RM24.5 bilion) serta Jerman dan Perancis (RM46 bilion). Rekod tahun ini tentu melonjak lebih-lebih lagi dengan penyertaan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar,” katanya dalam Perutusan Negara malam ini.

Kata Anwar lagi, Malaysia turut berjaya merekod pencapaian tertinggi dalam sejarah dengan pelaburan langsung yang diluluskan sebanyak RM329.5 bilion atau 23 peratus lebih tinggi ketimbang tahun 2022.

Dalam masa sama beliau berkata, bahawa rakyat tidak seharusnya memandang remeh akan nilai pelaburan itu kerana memberi jamin bahawa kerajaan madani sedang sedaya upaya memastikan segala pelaburan direalisasikan pada masa ditetapkan.

“Ini umpama kemajuan pelaburan diluluskan sebelum ini berada pada landasan yang betul.

“Sebanyak 75.5 peratus projek perkilangan yang diluluskan dari tahun 2021 hingga 2023 telah siap atau sedang dalam pelaksanaan manakala nilai kerja pembinaan peringkat awal juga adalah tinggi iaitu RM31.5 bilion (2023) ketimbang RM26.3 bilion (2022),” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan