Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetuai lawatan delegasi Sarawak ke Yeungheung Energy Park, Incheon petang tadi. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Kerjasama bersama syarikat Korea Selatan akan ditingkatkan – Abang Johari

ByNajib Imran

INCHEON, 21 Mei: Kerjasama antara Sarawak dan syarikat-syarikat Korea Selatan akan ditingkatkan terutama dalam bidang tenaga boleh diperbaharui.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan kepakaran teknologi yang dimiliki Korea Selatan dan sumber yang terdapat di Sarawak, kedua pihak boleh mencapai situasi menang-menang dalam memperkasakan pembangunan tenaga hijau.

Abang Johari lawat Yeongheung Energy Park di Incheon

Katanya, Sarawak melalui anak syarikat SEDC iaitu SEDC Energy akan membekalkan hidrogen dan ammonia kepada syarikat-syarikat tenaga di Korea Selatan bagi membantu usaha peralihan tenaga kepada tenaga hijau di negara tersebut.

“Dalam perbincangan tersebut kita akan terus berusaha menandatangani kerjasama antara Korea dan Sarawak,” ujarnya.

Menyentuh mengenai lawatan ke Yeongheung Energy Park, beliau memberitahu stesen janakuasa tersebut yang mampu menghasilkan sehingga 5,000MW akan membangunkan terminal ammonia dan Sarawak akan menjadi pembekal utama kepada terminal tersebut.

Bagi fasa kedua pula katanya, stesen janakuasa tersebut akan membangunkan terminal hidrogen dan beliau yakin Sarawak juga akan mampu memenuhi permintaan bagi bahan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan