Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui pemberita. Foto TVS

Kementerian Pelancongan optimis capai sasaran kedatangan 4 juta pelancong lebih awal

KUCHING, 21 Mei: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak optimis mampu mencapai sasaran 4 juta kedatangan pelancong ke Sarawak lebih awal.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keyakinan itu bersandarkan tempoh bulan Januari hingga April tahun ini telah memberi penanda aras yang baik untuk sektor pelancongan Sarawak apabila jumlah kemasukan pelawat meningkat sekitar 25 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Justeru, beliau menjangkakan sasaran itu akan dapat dicapai oleh Sarawak pada bulan Oktober tahun ini.

“Jadi untuk tahun ini saya letak jumlah kedatangan empat juta pelancong melihat apa yang berlaku 4 bulan pertama tahun ini, Insya-Allah saya rasa kita akan dapat capai sampai jumlah ini lebih awal.

“Saya jangka mungkin bulan Oktober kita akan dapat mencapai 4 juta dan kalau 4 juta dapat kita kecapi jumlah kemasukan pelancong saja sudah lebih kurang berbelas billion itulah saya melihat dari perspektif itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui di satu majlis di Kuching pada Selasa.

Terdahulu, kementerian tersebut mengunjurkan kedatangan 4 juta pelancong dengan anggaran pendapatan pelancongan sebanyak RM10.19 bilion.

Dari Januari hingga April tahun ini, Sarawak merekodkan kedatangan 1.62 juta pelancong dan menjana kira-kira RM4.17 bilion resit pelancongan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan