Search
Close this search box.
Para peserta dari sektor tenaga dan minyak dan gas menyertai sesi taklimat garis panduan pematuhan Ordinan Alam Sekitar (Pengurangan Gas Rumah Hijau) 2023 di Kuching, baru-baru ini. Foto NREB

Garis panduan jelas pastikan Ordinan Alam Sekitar 2023 dipatuhi

ByAmirah Shawel

KUCHING, 21 Mei: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak menyediakan garis panduan yang jelas dalam usaha memastikan pemegang taruh mematuhi Ordinan Alam Sekitar (Pengurangan Gas Rumah Hijau) 2023, yang dikuatkuasakan baru-baru ini.

NREB dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah melaksanakan sesi penglibatan bersama pihak berkepentingan bagi memberikan pemahaman mengenai pelaksanaan ordinan berkenaan.

Menurutnya, ia selaras dengan langkah proaktif Sarawak mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan menggalakkan penjagaan alam sekitar dalam kalangan sektor ekonominya.

“Mesyuarat itu merupakan platform penting bagi perniagaan dan individu untuk memahami implikasi ordinan dan prosedur untuk pendaftaran.

“Ia juga memberi peluang kepada pihak berkepentingan untuk melibatkan diri dengan pihak berkuasa kawal selia dan menjelaskan sebarang kebimbangan mengenai pelaksanaan ordinan itu,” katanya.

Seramai kira-kira 60 peserta dari sektor tenaga dan minyak dan gas menyertai sesi tersebut.

Ordinan Alam Sekitar (Pengurangan Gas Rumah Hijau) 2023 mewajibkan semua entiti perniagaan yang terlibat dalam sektor ekonomi berjadual mendaftar dengan NREB bermula 1 Mac 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan