Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetuai lawatan delegasi Sarawak ke Yeongheung Energy Park yang merupakan salah satu daripada taman sumber bekalan tenaga utama di bandar raya Seoul. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Abang Johari lawat Yeongheung Energy Park di Incheon

ByNajib Imran

INCHEON 21 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetuai lawatan delegasi Sarawak ke Yeongheung Energy Park yang merupakan salah satu daripada taman sumber bekalan tenaga utama di bandar raya Seoul.

Ketibaan delegasi Sarawak pada pukul 3.50 petang waktu tempatan, disambut Ketua Bahagian Perniagaan Teukmyo Yoon KNOC Hydrogen.

Mengiring Premier Sarawak semasa lawatan tersebut ialah Menteri Telekomunikasi dan Utiliti, Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datu Muhammad Abdullah Zaidel.

Abang Johari tiba di Seoul untuk lawatan kerja dua hari

Turut sama ialah Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Datuk Amar Aziz Hussain dan Pengurus Besar SEDC, Datu Abdul Hadi Abdul Kadir serta pegawai-pegawai kementerian yang lain.

Sejurus tiba Abang Johari diberikan taklimat berkenaan operasi dan perancangan masa depan stesen jana kuasa Yeongheung termasuk penggunaan Ammonia sebagai bahan utama penjanaan tenaga di stesen tersebut sebelum dibawa melawat Yeongheung Enegy Park.

Yeongheung Energy Park yang dikendalikan Korea South East Power Company (KOEN) terletak lebih dua jam perjalanan dari bandar raya Seoul mula beroperasi pada tahun 2007 dan berupaya menjana jumlah tenaga sehingga 5,080MW melalui enam unit stesen janakuasa.

KOEN turut berkongsi perancangan untuk menjadikan Taman Tenaga Yeongheung sebagai mesra alam dengan penggunaan kaedah penjanaan tenaga yang lebih efisien seperti solar dan kuasa angin.

Taman tenaga tersebut juga dibuka kepada pelawat terutama pelajar dalam mengenali prinsip penjanaan tenaga dan teknologi dan telah menerima seramai lebih daripada satu juta pengunjung sejak ia mula dibuka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan