Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri mesyuarat bersama Lee Hohyeoni tentang tenaga boleh diperbaharui di Seoul, hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Abang Johari hadiri mesyuarat tentang tenaga boleh diperbaharui di Korea Selatan

ByNajib Imran

SEOUL, 21 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pagi ini memulakan agenda lawatan ke Korea Selatan dengan menghadiri mesyuarat bersama Timbalan Menteri Pelaburan Perindustrian dan Tenaga Korea Selatan Lee Hohyeon.

Turut menemani beliau, Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan Datuk Zamuri Khalid, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Abdullah Zaidel dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Abdul Aziz Hussain.

Premier Sarawak hadiri mesyuarat bersama Menteri Korea Selatan | TVS

Mesyuarat berkenaan diadakan bagi membincangkan perkongsian strategik ke arah memperhebatkan pembabitan dan kerjasama antara Sarawak dan pelabur dari Korea Selatan terutamanya dalam memacu pelaburan industri tenaga boleh diperbaharui di Sarawak.

Usai mesyuarat, Abang Johari akan menghadiri jamuan makan tengah hari bersama pelabur-pelabur Korea Selatan terdiri daripada Naib Presiden Samsung E & A Park Cheonhong, Naib Presiden Kanan Lotte Chemicals Kim Yonghak dan Naib Presiden Kanan Korea National Oil Corporation Jang Jinhwan.

Pada petang Premier Sarawak dijadualkan mengadakan lawatan ke Yeonghung Energy Park.

Taman tenaga tersebut yang menerapkan unsur mesra alam dalam pengendalian operasinya merupakan antara stesen pembekalan elektrik utama dan membekalkan 23% tenaga elektrik bagi bandar raya Seoul – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan