Search
Close this search box.
Datuk Mohammad Razi Sitam, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin dan Eekbal Yusuf pada sidang media sempena Program CSR Gawai Dayak di Pasaraya Mydin Vista Tunku, Kuching, hari ini.

Program CSR Gawai Dayak Mydin dan TVS wajar diteruskan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 20 Mei: Inisiatif pihak swasta membantu meringankan beban golongan memerlukan semasa perayaan wajar disokong dan diteruskan.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam berkata kerajaan menyambut baik inisiatif Mydin menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyediakan bantuan barangan keperluan dapur sempena Hari Gawai Dayak ini.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak berbesar hati menyokong inisiatif ini dan berharap agar lebih banyak Program CSR anjuran Mydin dan TVS dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

“Saya berharap program CSR seperti ini dapat diteruskan bersempena juga dengan perayaan lain,” katanya berucap merasmikan Program CSR Gawai Dayak anjuran Mydin dan TVS di Pasaraya Mydin Tunku Vista, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Mydin Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin dan Editor Kanan TVS Eekbal Yusuf.

Selain meringankan beban, Razi berkata program ini berupaya memberikan kegembiraan kepada para penerima yang bakal menyambut Hari Gawai Dayak pada 1 Jun.

Pada majlis tersebut, 100 keluarga yang terdiri dalam kalangan B40 di kawasan Kuching menerima bantuan keperluan dapur bernilai RM100 serta baucar tunai Mydin bernilai RM200. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan