Search
Close this search box.
Datuk Mohammad Razi Sitam dan Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin menyerahkan bantuan sempena Hari Gawai Dayak menerusi Program CSR Gawai Dayak anjuran Mydin dan TVS di Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Eekbal Yusuf (kiri). Foto TVS

Mydin Prihatin beri sinar kebahagiaan sempena Gawai Dayak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 20 Mei: Seramai 100 keluarga hari ini menerima bantuan dari Mydin melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Gawai Dayak anjuran Mydin dan TVS.

Pengarah Urusan Mydin Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata slogan ‘Kami Bawa Senyuman’ di bawah inisiatif Mydin Prihatin bertujuan berkongsi kegembiraan dengan komuniti setempat di setiap lokasi Mydin bertapak.

“Kali ini kami menjalinkan kerjasama bersama TVS dengan menghulurkan bantuan keperluan dapur dan baucar tunai bagi meringankan beban komuniti setempat yang memerlukan bagi menyambut perayaan Gawai Dayak tidak lama lagi.

“Peranan kami sebagai syarikat korporat adalah untuk menyumbang kembali kepada masyarakat melalui program seperti ini,” katanya ketika berucap pada Program CSR Gawai Mydin dan TVS di Pasaraya Mydin Tunku Vista di sini, hari ini.

Program itu dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam dan turut dihadiri, Editor Kanan TVS Eekbal Yusuf mewakili Ketua Pegawai Eksekutif TVS Kushairi Abang.

Ujarnya, Mydin juga menjalankan program bakul makanan di bawah inisiatif yang sama di setiap cawangan pasar raya besar Mydin dengan menyumbangkan bantuan tersebut setiap bulan di rumah kebajikan berdaftar.

“Untuk makluman, bantuan yang disalurkan melalui Mydin Prihatin telah memberi manfaat kepada hampir 30,000 penerima di seluruh negara pada tahun lalu,” katanya lagi.

Dalam majlis tersebut, 100 keluarga yang terdiri dalam kalangan B40 di kawasan Kuching menerima bantuan keperluan dapur bernilai RM100 serta baucar tunai Mydin bernilai RM200.

Untuk rekod, inisiatif CSR yang bermula pada tahun 2019 ini telah memberi manfaat kepada lebih 100,000 individu di seluruh negara.

Dalam pada itu, TVS rakan kolabrasi bagi Mydin sebagai rakan media memainkan peranan dalam usaha memperkasakan program CSR untuk Mydin Prihatin di Sarawak menerusi badan kebajikannya, TVS Prihatin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan