Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas yang mengalami penyakit demensia (hilang ingatan) dikhuatiri hilang di Kampung Kakeng, Serian, selepas tidak balik ke rumah sejak Jumaat. Foto Bomba

Lelaki warga emas alami ‘demensia’ dikhuatiri hilang di Serian

SERIAN, 20 Mei: Seorang lelaki warga emas yang mengalami penyakit demensia (hilang ingatan) dikhuatiri hilang di Kampung Kakeng di sini, selepas tidak balik ke rumah sejak Jumaat.

Difahamkan mangsa, Denis Nyawod,76, kali terakhir kelihatan pada jam 12 tengah hari Jumaat, pencarian telah dibuat oleh ahli keluarga bersama orang kampung di sekitar kampung dan kebun tetapi mangsa masih belum ditemui.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam
11.23 pagi Sabtu dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Serian ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari kedua semalam dimulakan pada sebelah pagi membabitkan pihak polis, K9, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA dan penduduk kampung dibahagikan kepada dua kumpulan dan percarian dilakukan di kawasan Sektor A dan B sekitar empat kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

“Pencarian dilakukan melalui jalan kebun lada mangsa dan bukit sebelah kampung dengan bantuan anjing pengesan Daisy namun mangsa gagal ditemui,” katanya dalam kenyataan.

PGO berkata, operasi pencarian disambung semula dan kawasan tertumpu pada pondok kebun mangsa yang ada petunjuk anjing pengesan iaitu tiga kilometer dari PKB pada sebelah tengah hari.

“Namun setelah mencari kawasan keseluruhan dan bawah aliran air namun tidak juga menemui mangsa dan anggota bertolak balik ke PKB.

“Operasi pencarian ditangguhkan pada jam 5 petang atas faktor cuaca dan akan disambung semula pada hari ini,” kata PGO.- TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan