Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto fail Alex Teo (TVS)

Lawatan kerja Premier Sarawak ke Korea Selatan wujudkan kolaborasi tenaga mampan

ByNajib Imran

SEOUL, 20 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memulakan lawatan kerja dua hari ke Korea Selatan bermula hari ini.

Fokus utama lawatan Premier ke Korea Selatan kali ini bertujuan mewujudkan kolaborasi lebih erat bersama kerajaan dan syarikat Korea Selatan dalam memperkasa peranan kedua pihak bagi mewujudkan masa depan tenaga yang mampan melalui kerjasama dalam projek hidrogen dan juga projek penyimpanan sektor karbon (CCS).

Dengan kelebihan sumber semula jadi yang dimiliki bagi penjanaan tenaga diperbaharui, Sarawak bersedia menjadi pengeluar dan pembekal utama tenaga hijau hidrogen di rantau ini menjelang 2028 selari dengan protokol perubahan iklim dunia yang kini direka ke arah penyahkarbonan.

Melalui usaha itu Sarawak telah berjaya menarik syarikat gergasi Korea Selatan seperti Samsung Engineering, Lotte Chemicals, POSCO Holding dan Korean National Oil Corporation (KNOC) untuk melabur bagi membangunkan projek hidrogen bersih di Sarawak.

Projek H2biscus dan Projek H2ornbill yang diwujudkan diyakini mampu menghasilkan 238,000 tan hidrogen hijau yang bakal menyumbang sebanyak RM2.4 bilion kepada pendapatan tambahan Sarawak menjelang 2030 seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada sumber asli dan bahan api fosil.

Sarawak kini di landasan tepat untuk menjadi pengeluar utama tenaga hidrogen dan akan mula mengeksport tenaga hidrogen yang dihasilkan menjelang tahun 2027 dengan Korea Selatan dan Jepun sebagai antara negara yang telah menyatakan komitmen sebagai pengguna utama.

Kecekapan Sarawak dalam membangunkan industri tenaga boleh dibaharui di Sarawak turut diakui dan dicontohi oleh Kerajaan Persekutuan melalui pelancaran Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Hidrogen (HETR) yang dilancarkan pada Oktober dan disasarkan menyumbang RM60 bilion kepada ekonomi negara menjelang 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan