Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik presiden sementara

TEHRAN, 20 Mei: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam nahas helikopter di barat laut Iran. Beliau juga telah meluluskan pelantikan Naib Presiden Mohammad Mokhber sebagai presiden sementara.

Memasak di stesen minyak, empat didakwa esok

KUANTAN, 20 Mei: Seramai empat daripada 15 individu yang ditahan untuk siasatan berkaitan aktiviti memasak di kawasan stesen minyak di Genting Highlands yang tular di media sosial baru-baru ini, akan didakwa di Mahkamah Bentong, esok.

‘Ranting Hati’ sudut jemaah luah kelegaan perasaan

MEKAH, 20 Mei: Unit Bimbingan Kaunseling Tabung Haji (TH) pada tahun ini meningkatkan lagi kaedah penyampaian perkhidmatan mereka dengan mewujudkan sudut ‘Ranting Hati’ sebagai ruang untuk para jemaah meluahkan kecelaruan perasaan yang terbuku di hati.

65 murid keracunan makanan di Sungai Petani

SUNGAI PETANI, 20 Mei: Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dekat sini dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.