Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada program ‘Penyertaan Paling Ramai Peserta Memakai Pakaian Etnik’ dalam Persembahan Tarian Koreografi untuk menempa nama dalam The Malaysia Book of Record, di Tebingan Kuching, di Kuching, hari ini. Foto Mohd Raffiq (TVS)

Teknologi baharu ‘cogeneration’ dari Thailand mampu hasilkan tenaga hijau – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 19 Mei: Kehadiran delegasi Kerajaan Sarawak ke Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024 yang berakhir di Bangkok, Thailand, kelmarin berjaya memperoleh pengetahuan baharu mengenai teknologi terkini menjana tenaga hijau yang melibatkan pencampuran batu arang dengan biojisim.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, teknologi dikenali sebagai ‘cogeneration’ itu terdiri daripada campuran tenaga boleh diperbaharui dan tenaga tidak boleh diperbaharui.

Sarawak minta Putrajaya rangka mekanisme kawal inflasi

“Kalau dahulu hanya batu arang sahaja tetapi sekarang ini ia boleh bercampur dengan biojisim dan akan menghasilkan tenaga hijau, yang mana terdiri daripada 60 peratus tenaga boleh diperbaharui dan 40 peratus daripada batu arang.

“Arang batu yang digunakan itu juga telah dicairkan, oleh sebab itu, penghasilan asapnya tidak banyak dan ia akan meneutralkan biojisim tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir program Penyertaan Paling Ramai Peserta Memakai Pakaian Etnik’ dalam Persembahan Tarian Koreografi untuk menempa nama dalam The Malaysia Book of Record, di Tebingan Kuching, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, teknologi turbin yang digunakan untuk menghasilkan tenaga hijau berkenaan juga menggunakan mekanisme berbeza berbanding turbin yang biasa.

Kabel dasar laut eksport bekalan elektrik, tanggungjawab Singapura – Abang Johari

Dalam pada itu, mengulas mengenai sama ada Sarawak akan menggunakan teknologi baharu itu, Abang Johari berkata, kerajaan akan mempertimbangkan sebelum melaksanakannya.

“Kita lihat dahulu. Turbin sebenarnya tidak sukar untuk dibuat,” katanya ringkas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan