Search
Close this search box.
Aina Abdul bersama Datuk Tom Abang Saufi (tengah) dalam sidang media yang selepas program bual bicara ‘Anggun’ terbitan TVS hari ini. Foto, Akma Salleh (TVS).

Saya serasi dengan Datuk Tom Abang Saufi dalam fesyen – Aina Abdul

ByAkma Salleh

KUCHING, 19 Mei: Penyanyi popular, Aina Abdul tanpa berselindung mengakui dia akan merebut peluang untuk bekerjasama dengan pereka fesyen kelahiran Sarawak, Datuk Tom Abang Saufi pada masa akan datang.

Aina berkata, dia dan Tom sangat serasi dalam dunia fesyen.

Aina Abdul bakal lancar lagu duet baharu dicipta Melly Goeslow

“Sepatutnya hari ini saya tampil dengan satu busana Sarawak tetapi tidak sempat siap. Jika ada rezeki untuk datang ke sini (Sarawak) lagi, sudah tentu saya akan menggayakan busana itu,” katanya kepada TVS.

Kehadiran pelantun lagu Sumpah itu ke Sarawak hari ini kerana dia menjadi tetamu rancangan bual bicara Anggun yang diterbitkan oleh TVS.

Tom juga dijemput berkongsi pandangan beliau mengenai dunia fesyen dan kecantikan pada episod kali ini bersama Aina.

Mengulas mengenai kemungkinan bekerjasama dengan Tom pada masa depan, Aina berkata dia percaya seseorang artis tidak akan menolak peluang berkenaan.

“Siapa yang tidak mahu bekerja dengan figura penting seperti Datuk Tom Abang Saufi,” kata Aina.

Selain dikenali sebagai penyanyi bersuara mantap, Aina juga sering ‘menjadi topik membawang’ oleh netizen kerana fesyen unik yang digayakannya.

Pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37, dia tampil dengan imej serba putih ala ‘angel’ sentuhan pereka fesyen terkemuka, Melinda Looi.

Pada pertandingan sama tahun berikutnya, Aina semakin berani apabila tampil dengan konsep ‘pohon kehidupan’ menggunakan props pokok dan dedaun kering kelayuan ketika mendendangkan lagu Jangan Mati Rasa Itu.

Antara fesyen lain yang digayakan Aina sepanjang kariernya dalam dunia seni termasuklah Bak Big Bird ‘Sesame Street’, Aina versi Valak dan gaya burung Swan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan