Search
Close this search box.
Acara lumba kerbau yang menjadi tumpuan pengunjung pada Pesta Badudun dan Lumba Kerbau di Kampung Lubok Piasau. Foto, TVS.

Pesta Badudun dan Lumba Kerbau memberi impak positif industri pelancongan utara Sarawak

LIMBANG, 19 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan penganjuran Pesta Badudun dan Lumba Kerbau kali ke-10 tahun ini memberi impak positif kepada industri pelancongan khususnya di utara Sarawak.

Abang Johari berkata, program anjuran Persatuan Melayu Limbang (PML) yang tersenarai dalam Kalendar Pelancongan Sarawak itu berjaya menarik kemasukkan pengunjung tempatan dan luar khususnya dari Brunei.

“Syabas dan tahniah kepada PML kerana telah berjaya melaksanakan program ini dengan dihadiri oleh ramai pengunjung dari lapisan rakyat termasuklah dari negara jiran Brunei Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan dari daerah-daerah lain di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah pada Perasmian Pesta Badudun dan Lumba Kerbau 2024 di Kampung Lubok Piasau hari ini.

Abang Johari menambah, Pesta Badudun dan Lumba Kerbau diadakan secara bergilir-gilir membabitkan kampung-kampung di sepanjang pesisir sungai Limbang.

Program tahunan komuniti PML itu kata beliau juga memberi peluang kepada ahli-ahli di peringkat akar umbi terlibat secara langsung dalam acara yang diadakan.

Program itu jelas beliau mampu menjadi platform sentuhan interaktif di antara pemimpin dan rakyat.

“Rakyat Sarawak sangat bertuah kerana wujudnya sikap bertolak ansur, saling hormat menghormati, serta bebas mengamalkan agama, budaya, dan adat resam masing-masing yang menjadi tonggak kestabilan sosial dan politik sehingga menjadi contoh terbaik di negara ini,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi, Pengerusi PML Mohamad Abu Bakar, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal dan Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) Dr. Wan Ali Tuanku Madhi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan