Search
Close this search box.
Seorang pemuda maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Majau di sini, malam tadi.

Pemuda maut, motosikal berkuasa tinggi bertembung MPV di Kanowit

KANOWIT, 19 Mei: Seorang pemuda maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Majau di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Ellysus, 22, maut di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu 8.28 malam tadi.

Jelas PGO, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Kanowit kemudian dikerah ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang menghala ke Sibu telah bertembung dengan sebuah MPV Vellfire.

“Terdapat seorang penunggang motosikal terbaring di tebing jalan,” jelas PGO menerusi kenyataan media.

Jelas PGO, anggota bomba membantu mangsa yang terbaring di bahu jalan dengan menggunakan pengusung dalam jentera.

“Mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi dan disahkan meninggal dunia,” tambah PGO.

Sementara itu difahamkan, wanita berusia 25 tahun yang memandu MPV berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan