Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa menghadiri Majlis Makan Malam Pra Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong pada malam Sabtu. Foto, TVS.

Pekit Kumang Gawai Dayak pamer keunikan Ngepan Iban

BySteward Dawi

BETONG, 19 Mei: Pekit Kumang bersempena dengan perayaan Hari Gawai Dayak menjadi medium untuk mempamerkan dan mendedahkan kepada masyarakat luar tentang keunikan Ngepan Iban.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Kerajaan Sarawak sentiasa memberi sokongan kepada pihak yang menganjurkan pertandingan seumpama itu dalam memartabatkan warisan komuniti Iban.

“Budaya, tradisi dan cara hidup masyarakat Dayak dapat diperlihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Kita mempunyai kraf tangan, seni seperti bebiau (dipersembahkan Lemambang) dan tarian tradisional ngajat yang menjadi kebanggaan kaum Iban,” katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Pra Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong pada malam Sabtu.

Isteri beliau Datin Amar Dato Doreen Mayang turut hadir dalam majlis tersebut.

Sementara itu Douglas Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata, sebelum ini ada pihak mengeluarkan kenyataan Pekit Kumang tidak patut dianjurkan kerana dilihat merendahkan martabat wanita Iban.

“Orang yang mengeluarkan pendapat seperti itu ibarat bukan orang Dayak (Iban).

“Mereka tidak memahami tujuan kita menganjurkan Pekit Kumang dan apa yang kita ingin ketengahkan melalui pertandingan seumpama ini,” jelasnya.

Tambah beliau, ngepan yang digunakan wanita Iban terdiri daripada perhiasan penting seperti Sugu Tinggi, Selampai, Tumpa Pirak, dan sebagainya yang perlu dipakai dengan cara yang betul.

Kira-kira 1,200 orang tetamu yang menghadiri Majlis Makan Malam Pra Gawai Dayak di Dewan Sukan Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan