Search
Close this search box.
Kuching City FC terpaksa berpuas hati dengan satu mata setelah diikat Sri Pahang FC 2-2 dalam perlawanan kedua saingan Liga Super di Stadium Negeri Sarawak, petang tadi. Foto Zul Azhar Sablee

Kurang konsisten babak kedua punca Kuching City kongsi mata

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 19 Mei: Ketua Jurulatih Kuching City FC, Aidil Shahrin Sahak menyifatkan sikap terlalu cepat berasa selesa dan aksi kurang konsisten pada babak kedua oleh pemainnya menjadi punca mereka gagal memungut mata penuh di kandang sendiri.

Aksi kurang kemas pada separuh masa kedua juga katanya menyebabkan Sri Pahang FC berjaya membolosi gawang mereka sebanyak dua kali sekali gus terpaksa akur dengan satu mata pada perlawanan kedua Liga Super 2024.

Bagaimanapun, pengendali dari Singapura itu tetap memuji persembahan anak buahnya yang menampilkan aksi ‘melawan’ di sepanjang 90 minit perlawanan.

Pertarungan sengit The Cats – Tok Gajah berakhir 2-2

“Hari ni kita boleh nampak aksi berbeza, pada babak pertama kita mendominasi perlawanan dengan aksi yang sangat baik. Namun begitu, pada babak kedua ketika kita mendahului 2-0, ini masalahnya, pasukan lawan melakukan segalanya.

“Ini yang pasukan perlu pelajari dan harus lebih konsisten apabila sedang mendahului namun saya tidak menyalahkan para pemain kerana pasukan kita dibarisi 80 peratus pemain baharu dan kami memerlukan masa.

“Yang paling penting para pemain memberikan segala-galanya sehingga wisel penamat ditiupkan, “ katanya kepada TVS selepas perlawanan di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini, hari ini.

Pada perlawanan itu, Kuching City mendahului pada babak pertama menerusi jaringan Tchetche Kipre pada minit ke-18 dan Jordan Mintah pada minit ke-45.

Namun begitu, Tok Gajah berjaya memadam kelebihan dua gol itu menerusi dua jaringan daripada Adam Nor Azlin pada minit ke-63 dan Manuel Hidalgo pada minit ke-77.

Mengenai aksi seterusnya, Aidil Shahrin berkata dia akan melakukan beberapa perubahan susulan kecederaan yang dialami empat tonggak utama termasuk ketua pasukan, Alif Hassan, Diego Baggio Test, Petrus Shitembi dan Shahril Saa’ri.

“Sudah semestinya akan ada perubahan pemain kerana Bagio mengalami kecederaan di pangkalan paha (groin), Alif pula cedera semalam dalam sesi latihan dan begitu juga dengan Shitembi dan Shahril.

“Pihak kejurulatihan akan berikan peluang kepada pemain di bangku simpanan dengan kita mengharapkan mereka menggunakan peluang itu sebaiknya,” katanya

Selepas ini, Kuching City akan bertandang ke Likas bagi menghadapi aksi ketiga saingan Liga Super 2024 menentang Sabah FC pada 25 Mei. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan