Search
Close this search box.
Kuching City FC berjaya mengikat Kuala Lumpur City FC di Cheras, minggu lepas. Foto, Kuching City FC.

Kuching City FC tagih sokongan padu berdepan Sri Pahang FC di Petra Jaya petang ini

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 19 Mei: Kuching City FC menyeru penyokong mereka untuk membanjiri Stadium Negeri Petra Jaya petang ini sempena aksi kedua Liga Super 2024 menentang Sri Pahang FC.

Ketua pasukan, Alif Hassan berkata, mereka berpeluang meraih kemenangan pertama musim ini sekiranya bijak memanfaatkan peluang dan mengurangkan kesilapan.

“Pada masa sama berharap agar kesemua pemain yang diturunkan dapat memberi sepenuh komitmen serta bermain dengan semangat yang tinggi bertemu lawan pada pukul 4.45 petang ini.

“Bermain di tempat sendiri, sudah semestinya kami ingin mata penuh namun apa yang penting, kita perlu fokus sepanjang 90 permainan,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Dalam aksi sulung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras minggu lalu, The Cat yang dibimbing Aidil Shahrin Sahak berjaya membawa pulang satu mata berharga selepas mengikat Kuala Lumpur City (KL City FC) dengan keputusan 1-1. -TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan