Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unya pada Majlis Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA XXI 2024 peringkat Bahagian Kapit di Dewan Suarah Kapit, hari ini. Foto, Regina Lee (TVS).

Habuan khas menanti atlet berasal Kapit menang emas SUKMA

ByRegina Lee

KAPIT, 19 Mei: Ganjaran khas menanti atlet Sarawak berasal dari Kapit yang berjaya meraih pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXI yang berlangsung 17 hingga 24 Ogos ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat berkata, beliau berharap pengumuman ini akan menjadi satu cabaran yang disahut oleh atlet untuk meraih kejayaan.

“Kepada para atlet yang terpilih, anda mesti tunjuk bahawa Kapit juga mampu menyumbang banyak pingat emas kepada Sarawak, setanding dengan atlet dari bahagian lain.

“Atlet yang berjaya, (anda) boleh cari saya kerana sudah berjanji, (namun) mesti dapat emas atau sekurang-kurangnya pingat perak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA XXI 2024 di Dewan Suarah Kapit, hari ini.

Sementara itu, Jefferson Jamit turut memberi sokongan padu beliau kepada kontinjen Sarawak untuk mencapai misi muncul juara keseluruhan SUKMA edisi ini.

SUKMA 2024 merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah selepas pada 1990 dan 2016.

Kali terakhir Sarawak menjadi juara keseluruhan pula ialah pada 1994. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan