Search
Close this search box.
Penyanyi popular, Aina Abdul bercakap dalam sidang media selepas program bual bicara ‘Anggun’ terbitan TVS di Kuching,hari ini. Foto Akma Salleh (TVS).

Aina Abdul bakal lancar lagu duet baharu dicipta Melly Goeslow

ByAkma Salleh

KUCHING, 19 Mei: Penyanyi terkenal, Aina Abdul mendedahkan dia bakal melancarkan lagu duet terbaharu dengan penyanyi Indonesia, Fabio Asher tidak lama lagi.

Dedah Aina, lagu itu akan menjadi runut bunyi (OST) bagi filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu.

Lebih istimewa kata Aina, karya itu dicipta oleh komposer serta penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslow.

“Sebenarnya saya baharu pulang dari Jakarta, Indonesia untuk selesaikan proses rakaman lagu OST itu.

“Selain itu saya masih dalam rangka mempromosikan album Imagi dan ada juga beberapa lagu baharu yang akan dilancarkan pada tahun ini,” katanya dalam sidang media selepas jadi tetamu program bual bicara, Anggun terbitan TVS di sini hari ini.

Selain Aina, program Anggun juga menampilkan pereka fesyen terkenal negara berasal dari Sarawak, Datuk Tom Abang Saufi.

Tambah Aina, filem dan lagu itu dijangka berada di pawagam tidak lama lagi.

Ditanya mengenai konsert seterusnya pula, pelantun lagu Jangan Mati Rasa Itu mendedahkan, dia kini sudah dapat mengatasi debarannya setiap kali beraksi di atas pentas besar.

Pada konsert bersama Orkestra Filharmonik Petronas (MPO) yang berlangsung selama dua jam baru – baru ini, penyanyi kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu berjaya menyerlahkan lagi sisi berbeza apabila persembahan lebih menumpukan kemerduan suaranya berbanding ‘fesyen pelik’ yang sering dikaitkan dengannya sebelum ini.

“Ya, sekarang ini saya sudah mengatasi ketakutan itu. Ketika masih baharu dalam industri, perkara itu merupakan masalah biasa dan (dari situ) saya banyak belajar.

“Sekarang saya tidak sabar untuk buat konsert di banyak tempat termasuk di Sabah Sarawak, itu merupakan rancangan utama pada tahun ini,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan