Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama hampir 400 pelajar universiti berasal dari Sarawak pada Diskusi Belanjawan Kerajaan Sarawak di Universiti Malaysia, Kuala Lumpur hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Tiada pembaziran, pendapatan besar Sarawak diguna tingkatkan infra rakyat – Abang Johari

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Pendapatan tahunan besar yang dicatatkan oleh Sarawak akan digunakan secara berhemah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, pada tahun ini pihaknya mengunjurkan pendapatan Sarawak boleh mencecah RM16 bilion setelah mencatatkan RM4.796 bilion bagi suku pertama tahun ini.

Pendapatan Sarawak dijangka cecah RM16 bilion tahun ini – Abang Johari

“Mungkin boleh capai RM16 bilion, tahun lepas RM13 bilion namun yang penting bagaimana kita uruskan duit dengan berhemah supaya boleh beri manfaat kepada ekonomi secara keseluruhan.

“Sarawak mempunyai Strategi Pembangunan Pacsa COVID-19 (PCDS) 2030, polisi untuk guna dana telah diperkasa, jadi tidak ada pembaziran, (oleh itu) perbelanjaan akan dilakukan kepada perkara yang jadi keperluan utama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Diskusi Belanjawaan Kerajaan Sarawak anjuran Persatuan Anak Sarawak di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Turut mengiringi Abang Johari ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan)Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Seri Dr. Noor Azuan Abu Osman.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, Sarawak memerlukan perbelanjaan besar termasuk untuk memastikan keselamatan makanan di wilayah.

Jelas Abang Johari, ketika kunjungan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu ke Sarawak baru – baru ini, beliau memaklumkan kementerian itu perlu menyediakan sekurang – kurangnya RM1 bilion untuk laksanakan projek mitagasi bagi penanaman padi di Sri Aman.

Kata Abang Johari, beliau tidak pasti sama ada Kerajaan Persekutuan mampu menyalurkan dana yang diperlukan atau sebaliknya.

“Sarawak dan Sabah kita mempunyai tanggungjawab untuk tingkatkan infrastruktur penanaman padi kerana menjelang 2030, sekiranya kita bangunkan 20,000 hektar kawasan penanaman padi menggunakan teknologi baharu termasuk benih hidrid, serta dicampur pula pengeluaran padi di negeri lain seperti Kedah, Malaysia akan mempunyai bekalan yang mencukupi untuk jaminan keselamatan makanan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan