Search
Close this search box.
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas. Foto Media Sosial

Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas – KPN

ByBernama

JOHOR BAHRU, 18 Mei: Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.

Mengesahkan perkara berkenaan, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kenyataan awal yang mengaitkan suspek sebagai ahli kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) adalah susulan bapa lelaki itu ada pengalaman dengan kumpulan pengganas tersebut.

Beliau berkata data Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati bapa suspek yang berusia 62 tahun itu merupakan ahli kumpulan JI.

“Dia (suspek) bukan dengan mana-mana kumpulan pengganas dan tiada kaitan dengan JI, dia bukan ke arah itu (terbabit dengan kumpulan pengganas),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Razarudin menjelaskan setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif serangan.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini memaklumkan lelaki berusia 21 tahun itu bertindak sendirian dalam serangan terbabit.

Saifuddin berkata tindakan lelaki warga tempatan itu tiada kaitan dengan kumpulan terancang berdasarkan kesimpulan awal pihak polis, selepas menemu bual 46 individu dalam profil terkait insiden berkenaan.

“Kita dapati buat peringkat awalan ini bahawa penyerang bertindak bersendirian, kita panggil lone wolf, dia didorong motivasi tertentu yang dia faham sebab dia tidak bercampur orang,” katanya.

Dalam kejadian pada 2.45 pagi itu, dua anggota polis iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang, manakala Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, cedera ditembak.

Susulan kejadian itu, polis menahan lima ahli keluarga suspek berumur 19 hingga 62 tahun serta dua individu lain dan kesemua mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan