Search
Close this search box.
Anggota polis forensik memeriksa lokasi kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram,, pada Jumaat. Foto Bernama

Singapura kutuk sekeras-kerasnya serangan Balai Polis Ulu Tiram – Kementerian Luar

ByBernama

SINGAPURA, 18 Mei: Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas  Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.

“Kami bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan berharap pegawai yang cedera segera sembuh,” kata Kementerian Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan.

Dua anggota polis maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

Kementerian itu termasuk Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dan Konsulat Jeneral Singapura di Johor Bahru, sedang memantau situasi berkenaan, kata MFA.

MFA juga menasihatkan warga Singapura di Malaysia atau yang akan melancong ke negara itu agar berwaspada dan mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan diri mereka.

Suspek kes serang Balai Polis Ulu Tiram dipercayai ahli Jemaah Islamiyah – KPN

“Warga Singapura yang melancong ke Malaysia disarankan untuk mendaftar dengan MFA melalui laman sesawang kami, https://eregister.mfa.gov.sg, supaya kami dapat menghubungi dan membantu anda dalam keadaan kecemasan,” katanya, sambil menambah bahawa semua warga Singapura yang melancong ke luar negara digalakkan untuk membeli insurans perubatan dan perjalanan yang komprehensif.

Dalam insiden 2.45 pagi itu, dua anggota polis – Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said – terkorban manakala seorang lagi cedera selepas diserang oleh seorang penceroboh di balai berkenaan.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu dibawa ke mahkamah untuk reman

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata suspek yang ditembak mati di lokasi kejadian disyaki ahli Jemaah Islamiyah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan