Search
Close this search box.
Jenazah dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru pagi ini. Foto Bernama

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota polis dibawa keluar dari HSI

ByBernama

JOHOR BAHRU 18 Mei: Jenazah dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pagi ini.

Kedua-dua jenazah anggota polis itu dibawa keluar pada 9.15 pagi selepas proses bedah siasat selesai malam tadi.

Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor di sini, untuk solat jenazah dan penghormatan terakhir.

Jenazah dua anggota itu kemudiannya akan dibawa ke kampung halaman masing-masing iaitu di Bidor, Perak dan Kuantan, Pahang.

Terdahulu, Azhar Khaiden, 54, bapa kepada Ahmad Azza Fahmi kelihatan tiba di Jabatan Perubatan Forensik HSI bagi menuntut jenazah anaknya pagi ini untuk dibawa pulang ke kampung halaman untuk disemadikan.

“Malam tadi kami sekeluarga tidur di kediaman Allahyarham,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan jabatan itu hari ini.

Guru Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelah, Sungkai, Perak itu berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Kampung Poh, Bidor.

Ahmad Azza Fahmi dan Muhamad Syafiq maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 2.45 pagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek lelaki yang ditembak mati dalam insiden itu dipercayai ahli Jemaah Islamiyah.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan