Search
Close this search box.
Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dr Dayang Norfizawati Abang Abdul Karim merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir semasa Program Perkhidmatan Kem Perubatan Percuma Sehenti di Cityone di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Perluas Program Perkhidmatan Kem Perubatan Percuma Sehenti hingga ke Kapit

KUCHING, 18 Mei: Program Perkhidmatan Kem Perubatan Percuma Sehenti yang dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta wajar diperluas ke bahagian lain termasuk Kapit.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dr Dayang Norfizawati Abang Abdul Karim percaya penyatuan agensi kerajaan dan swasta di bawah satu program itu akan memudahkan masyarakat memperoleh perkhidmatan kesihatan yang pelbagai dalam satu masa.

“Saya rasa di sini anda dapat melihat kami mempunyai beberapa penyedia perkhidmatan perubatan daripada agensi kerajaan dan sektor swasta seperti farmasi.

“Jadi ini adalah kerjasama yang sangat baik dan di pihak kerajaan kami amat menggalakkan kerjasama sebegini sebab ini juga cara untuk mencapai kumpulan sasaran,” jelasnya.

Beliau berucap mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali semasa Program Perkhidmatan Kem Perubatan Percuma Sehenti di Cityone di Kuching pada Sabtu.

Inisiatif membawakan program berkenaan di seluruh negeri menurutnya akan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tahap kesihatan diri untuk melakukan pemeriksaan secara percuma melalui inisiatif program yang dilaksanakan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Lion, Manjeet Sidhu mendedahkan Program Perkhidmatan Kem Perubatan Percuma Sehenti menyasarkan penyertaan daripada golongan B40.

Menurutnya program berkenaan merupakan platform terbaik untuk masyarakat melakukan pemeriksaan dan kali ini pelaksanaannya adalah yang terbesar pernah diadakan setakat ini.

“Saya berbangga untuk mengatakan ini adalah kali pertama dan satu kem kesihatan sehenti terbesar yang pernah dilakukan.

“Visi kami adalah untuk menjangkau menyediakan perkhidmatan percuma kepada semua manusia tanpa mengira latar belakang anda terutamanya kepada keluarga B40 dan di bawah keistimewaan yang mempunyai kekangan kewangan,” katanya.

Program sehari itu menawarkan pelbagai perkhidmatan pemeriksaan percuma  termasuk pemeriksaan kanser payu dara, pemeriksaan kanser servims dan juga pemeriksaan kesihatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan