Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri) melontar buah fikirannya pada sesi Diskusi Bersama Premier Sarawak di PAUM Clubhouse hari ini.Foto, Bernama.

Lapangan terbang antarabangsa baharu Sarawak lebih besar, canggih – Abang Johari

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang memberi bayangan lapangan terbang antarabangsa baharu yang mahu dibina oleh Kerajaan Sarawak akan lebih canggih serta berkapasiti besar.

Premier Sarawak itu berkata, lapangan terbang itu juga akan mengikut konsep yang ditentukan oleh Sarawak termasuk mempunyai operasi sistem skrin untuk memudahkan urusan keluar masuk.

Pendapatan Sarawak dijangka cecah RM16 bilion tahun ini – Abang Johari

“Kita mahu kemudahan lain yang menyeluruh di lapangan terbang baharu ini seperti untuk masuk atau keluar (dari Sarawak, pengguna hanya perlu) pergi ke skrin yang disediakan.

“Perkara melibatkan pasport selesai di situ, tidak perlu pergi ke kaunter imigresen kerana (nama dan maklumat diperlukan) sudah ada dalam sistem data,” katanya.

Tiada pembaziran, pendapatan besar Sarawak diguna tingkatkan infra rakyat – Abang Johari

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir menjadi tetamu Program Diskusi Belanjawan Kerajaan Sarawak anjuran Persatuan Anak Sarawak Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan)Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Seri Dr. Noor Azuan Abu Osman.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua, kiri) mengadakan sidang media selepas Diskusi Bersama Premier Sarawak di PAUM Clubhouse hari ini. Turut sama Naib Canselor Universiti Malaya Prof Datuk Seri Dr Noor Azuan (dua, kanan). Foto, Bernama.

Lebih 400 orang pelajar asal Sarawak yang menuntut di UM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) hadir program berkenaan.

DUN Sarawak: Sarawak rancang bina lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru – baru ini, Abang Johari memaklumkan pihaknya merancang untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bagi menyokong pertumbuhan industri penerbangan.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, pembinaan lapangan baharu itu juga sebagai pelengkap kepada pengambilalihan oleh Kerajaan Sarawak.

“Saya anggap syarikat pernerbangan ini bukan satu entiti komersial sebaliknya sebagai entiti inrfarasturktur.

“Kami (Sarawak) dalam pulau, takkan org nak berenang (oleh itu) satu cara ialah menerusi penerbangan dan ini menjadi projek infrastrutktur dan yang kedua, kita hendak lapangan terbang (baharu),” katanya.

Ke arah merealisasikan rancangan itu termasuk perkara melibatkan dana pembiayaan, Abang Johari berkata, beliau akan melihat situasi ‘menang  -menang’ berikutan beberapa kekangan.

“Kalau kita bergantung dengan Putrajaya (untuk dana pembinaan) mungkin tidak ada duit, jadi saya terpaksa cari jalan termasuk (bekerjasama) dengan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dan dananya dikongsi,” katanya.

Ditanya tempoh bermula pembinaan, Abang Johari meminta semua pihak mendoakan kelancaran perancangan proses itu. -TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan