Search
Close this search box.
KPDN Putrajaya berjaya merampas lebih 17,320 helai pakaian tiruan bernilai RM254,950 dalam serbuan ke tiga premis kediaman di Kampung Kubu Gajah, di Sungai Buloh pada 15 Mei lepas. Foto KPDN

KPDN rampas pakaian tiruan bernilai RM254,950 di Sungai Buloh

ByBernama

PUTRAJAYA, 18 Mei: Jersi, seluar dan baju jenama terkenal antara 17,320 helai pakaian tiruan bernilai RM254,950 dirampas dalam serbuan ke tiga premis kediaman di Kampung Kubu Gajah, di Sungai Buloh pada 15 Mei lepas.

Semua barangan disyaki menggunakan cap dagangan secara salah di bawah Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815) itu ditemukan di rumah yang dijadikan stor menyimpan pelbagai jenis pakaian tiruan.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam berkata operasi dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya, hasil aduan pihak wakil pemilik cap dagangan berdaftar yang berkaitan serta risikan pasukannya.

“Hasil maklumat awal yang diperoleh, kesemua rumah ini disyaki dijadikan stor untuk menyimpan kesemua pakaian terbabit sebelum dipasarkan secara borong dan runcit selain dijual di pasar pagi dan pasar malam sekitar Lembah Klang, Perak dan Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata KPDN turut menahan seorang wanita warga tempatan berumur 33 tahun yang mengaku bertanggungjawab ke atas premis terbabit untuk membantu siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta 815.

Azman turut memberi peringatan dan amaran kepada mana-mana pihak agar tidak melakukan aktiviti menjual barangan yang tidak mendapat kelulusan atau kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah kerana ia merupakan suatu kesalahan serius selain menasihati pengguna tidak menyokong aktiviti penjualan barangan tiruan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan