Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyempurnakan Majlis Perasmian Gawai Dayak Bazaar 2024 di Mjc Batu Kawa pada Jumaat.

Gawai Dayak Bazaar 2024 platform jana ekonomi, lestari budaya

KUCHING, 18 Mei: Gawai Dayak Bazaar 2024 diakui menjadi platform kepada usahawan tempatan mewujudkan ekonomi berdaya tahan sekali gus rangsangan kegiatan ekonomi penduduk setempat, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Bazaar ini memberi penekanan kepada aspek keusahawanansekali gus mewujudkan ekonomi berdaya tahan dan terjamin bagi meningkatkan pendapatan rakyat.

“Aktiviti yang menjurus kepada pengembangan dan rangsangan kegiatan ekonomi setempat penduduk ini hendaklah digunakan sebaiknya agar peniaga dapat mempromosikan produk jualan perkhidmatan, sebagai platform untuk bertemu dan bertukar pendapat dengan rakan usahawan dalam mengembangkan prospek perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn semasa Majlis Perasmian Gawai Dayak Bazaar 2024 di Mjc Batu Kawa di Kuching pada Jumaat.

Tambahnya bazaar kali ini turut memberi penekanan kepada aspek kelestarian budaya dalam kalangan komuniti, anak-anak muda dan pengiat seni berdasarkan pengisian acara yang bakal berlangsung sepanjang penganjuran bazaar.

Ujarnya ini akan memberi peluang lepada pengiat seni tempatan, untuk menampilkan bakat disamping mencungkil bakat-bakat baharu serta memberikan pengiktirafan kepada pengiat seni yang berkelayakan.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Dato Henry Harry Jinep mempelawa masyarakat di Bandaraya Kuching dan kawasan sekitarnya untuk menjenguk dan memeriahkan bazaar yang bermula 16 hingga 26 Mei ini.

“Kita buat sedikit kelainan kita memilih tempat MJC sebagai tapak Gawai bazaar tahun 2024 disebabkan beberapa faktor yang telah kita nilai iaitu kawasan tempat letak kereta untuk pengunjung dan kedua tentu sekali lah kawasan yang luas dan besar,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan