Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi merakam gambar kenangan bersama para peserta Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuching Tahun 1445H/2024M. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Didik anak celik Al-Quran di peringkat awal usia, Sarawak ingin lahirkan ramai qari, qariah

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 18 Mei: Generasi muda perlu dididik untuk menguasai ilmu agama termasuk celik dan mahir mengaji  Al-Quran di peringkat awal usia.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata anak-anak muda boleh mencontohi Rayqal Dzihni Ilman Ismawi, 12, qari muda kelahiran Sarawak.

“Kita hendak memastikan bahawa generasi muda diberi peluang untuk menyerlahkan kebolehan mereka, lebih baik lagi jika ditumpukan dalam bidang keagamaan dan ilmu-ilmu Islam.

“Tidak mustahil untuk kita lahirkan lebih ramai ‘Rayqal’ dalam kalangan anak-anak muda di Sarawak,” ujarnya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Penangguhan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuching Tahun 1445H/2024M di Masjid Darul Hana, di sini pada Sabtu.

Rayqal yang merupakan pelajar Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Petra Jaya sebelum ini menjuarai Musabaqah Cilik TaHA Peringkat Wilayah Sabah dan Sarawak 2023, Naib Johan Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (Kategori Tilawah Sekolah Rendah) Peringkat Kebangsaan 2023 dan tempat keempat Musabaqah Cilik TaHA Peringkat Kebangsaan 2023.

Rayqal memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran sebelum majlis penangguhan disempurnakan, semalam.

Untuk rekod, Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuching Tahun 1445H/2024M telah mendapat 17 penyertaan iaitu daripada 11 qari dan enam qariah dari sekitar Kuching.

Johan qari disandang oleh Nordin Putit manakala johan qariah dirangkul oleh Nur Syafiqah Sulaiman.

Majlis tersebut bermula sejak Rabu, yang turut mempertandingkan empat kumpulan nasyid dan menyaksikan kumpulan Ad-Dhiya’ di tempat pertama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan