Search
Close this search box.
Presiden Persatuan Bola Sepak Brazil Ednaldo Rodrigues dikelilingi oleh delegasinya ketika beliau membuat ucapan selepas Brazil memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita 2027 semasa Kongres FIFA ke-74 di Bangkok pada 17 Mei 2024. Foto AFP

Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027

ByBernama

BANGKOK, 18 Mei: Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 di sini pada Jumaat, lapor Xinhua.

Brazil menerima 119 undi daripada Kongres, mengalahkan bidaan bersama Belgium, Belanda dan Jerman yang memperoleh 78 undi.

Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.

FIFA sebelum ini menerima dua tawaran awal untuk menjadi tuan rumah acara 2027 itu, iaitu bidaan bersama oleh Amerika Syarikat dan Mexico dan bidaan tunggal dari Afrika Selatan tetapi kemudian mereka menarik diri untuk memberi tumpuan kepada bidaan untuk kejohanan pada tahun 2031.

Piala Dunia Wanita FIFA 2023 telah diadakan di Australia dan New Zealand, di mana Sepanyol merangkul gelaran juara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan