Search
Close this search box.
Menurut PBB, sebahagian besar infrastruktur di wilayah terkepung itu rosak atau musnah lebih tujuh bulan sejak konflik tercetus menyebabkan 85 peratus penduduk di wilayah itu hilang tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan. Foto AFP

Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang

ByBernama

ANKARA, 18 Mei: Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata 79,366 orang lagi cedera dalam serangan kejam tentera rejim, lapor Agensi Anadolu.

“Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempoh 24 jam yang lepas.

“Ramai lagi penduduk masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mencapai mereka,” menurut kenyataan itu.

Menurut PBB, sebahagian besar infrastruktur di wilayah terkepung itu rosak atau musnah lebih tujuh bulan sejak konflik tercetus menyebabkan 85 peratus penduduk di wilayah itu hilang tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan. – TVS

 

Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan