Search
Close this search box.
Sebuah rumah dua tingkat di Kampung Bantang, Jalan Baki Riih, Serian terbakar dan turut memusnahkan sebuah kereta serta tiga buah motosikal tengah hari tadi. Foto JBPM Sarawak

Warga emas selamat, kereta dan 3 motosikal musnah dalam kebakaran rumah di Serian

SERIAN, 17 Mei: Seorang warga emas terselamat dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Kampung Bantang, Jalan Baki Riih di sini, pada Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 1.13 tengah hari dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Serian dibantu BBP Siburan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal terbakar 90 peratus.

“Kebakaran juga melibatkan sebuah kereta Proton Saga dan tiga buah motosikal jenis Demak, Modenas dan Honda RS yang terbakar keseluruhan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Namun begitu menurutnyaa, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Penghuni rumah yang merupakan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian itu.

“Pihak bomba melakukan pemadaman menggunakan kaedah offensive dan defensive dengan menggunakan dua aliran 300 kaki tiga nozel pam jentera, air dari pili bomba bagi mengawal dan memadam kebakaran,” ujarnya.

Katanya, setelah memastikan keadaan selamat dan tiada punca-punca api pihak bomba bertolak balik ke balai, punca kebakaran dan anggaran kerugian Masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan