Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Kanan Upstream Malaysia & Country Chair Shell Malaysia Siti Hurrairah Sulaiman. Foto Akma Salleh (TVS)

TYT, isteri terima kunjungan hormat daripada Siti Hurrairah, pengerusi wanita pertama Shell Malaysia

ByAkma Salleh

KUCHING, 17 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi hari ini menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Kanan Upstream Malaysia & Country Chair Shell Malaysia Siti Hurrairah Sulaiman.

Siti Hurrairah merupakan anak Sarawak serta wanita pertama yang memegang jawatan Pengerusi Shell Malaysia yang bertanggungjawab menyelia semua perniagaan Shell Malaysia di samping menggalas tugasnya sebagai Naib Presiden Kanan perniagaan huluan di negara ini.

Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai jurutera operasi di bahagian huluan Shell Malaysia pada 1994 sejurus bergelar graduan kelas pertama dalam kejuruteraan mekanikal dari Imperial College di London.

Pada awal kerjayanya, Siti Hurrairah juga pernah memegang pelbagai jawatan dalam bahagian pembangunan, perancangan, komersial dan strategik syarikat itu di United Kingdom dan Malaysia.

Beliau seterusnya dilantik sebagai pengurus aset dan pengarah wanita Malaysia pertama bagi Sabah Shell Petroleum Company Ltd, yang bertanggungjawab bagi operasi minyak dan gas huluan Shell di Sabah pada 2011, sebelum berpindah ke London bagi menggalas jawatan sebagai pengurus besar operasi komersial perniagaan dagangan dan bekalan Shell pada 2015, yang menyaksikan beliau bertanggungjawab bagi perkhidmatan komersial global kumpulan Shell.

Kunjungan hormat deligasi Shell Malaysia turut disertai Pengurus Besar Perhubungan Korporat Malaysia Timur (Shell, Malaysia) Jonathan Jolly. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan