Search
Close this search box.
Anggota polis forensik memeriksa lokasi kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, minggu lepas. Foto Bernama

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN tinjau lokasi, akan beri kenyataan insiden

ByBernama

JOHOR BAHRU, 17 Mei: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain hari ini meninjau Balai Polis Ulu Tiram di sini, yang terlibat dalam kejadian serangan awal pagi tadi.

Beliau yang tiba pada 11 pagi, diiringi Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar dan beberapa pegawai dari Bukit Aman, diberikan taklimat mengenai insiden itu.

Dua anggota polis maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

Dalam kejadian 2.45 pagi itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis dan suspek yang berusia lingkungan 30-an, manakala seorang lagi anggota cedera.

Jenazah dua anggota dan suspek serta mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail di sini.

Bedah siasat sedang dijalankan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan