Search
Close this search box.
Abang Johari ketika berucap pada Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ratu Sirkit (QSNCC) di Bangkok, Thailand. Foto Alex Teo (TVS)

Sarawak, berada di barisan hadapan revolusi tenaga hijau – Abang Johari

ByZhahrulniza

BANGKOK, 17 Mei: Kerajaan negeri terus komited mempromosikan tenaga boleh diperbaharui di rantau ini sekali gus menjadikan Sarawak berada di barisan hadapan dalam revolusi tenaga hijau serta ekonomi hidrogen.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, peralihan kepada tenaga baharu bukan sahaja memberi manfaat kepada alam sekitar tetapi juga memberi kesan yang mendalam kepada ekonomi dan masyarakat setempat.

“Komitmen Sarawak terhadap kuasa hidro boleh diperbaharui telah mewujudkan peluang untuk kami membangunkan hubungan dua hala dengan negara jiran Asia Tenggara dalam berkongsi sumber boleh diperbaharui selain mempercepatkan peralihan tenaga serantau sejajar dengan cita-cita kuasa besar tenaga boleh diperbaharui serantau,” kata beliau.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ratu Sirkit (QSNCC) di sini, hari ini.

Tambah beliau, Sarawak optimis untuk merintis penyelesaian inovatif yang bukan sahaja menjana ekonomi negeri tetapi juga melindungi alam sekitar untuk generasi akan datang.

“Pada dasarnya, hidrogen bukan sekadar bahan api. Ia adalah pemangkin kepada Sarawak untuk lebih hijau dan berdaya tahan. Dengan melaksanakan hidrogen, Sarawak bukan sahaja mempelbagaikan campuran tenaga tetapi juga membuka peluang untuk pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan dan kelestarian alam sekitar,” ujar beliau.

Beliau turut menekankan perjalanan Sarawak ke arah ekonomi hijau bergantung kepada tiga tonggak utama iaitu kerjasama global, dasar yang efektif dan inovasi teknologi masa kini.

Dalam pada itu, Abang Johari memaklumkan penyertaan beliau dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah di Poznan Poland baru-baru ini telah memberi peluang berharga kepada Sarawak untuk meneroka teknologi baharu dan kerjasama bagi strategi hidrogen dan penyahkarbonan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan