Search
Close this search box.
Presiden terpilih Indonesia, Prabowo Subianto berjanji tidak akan menggunakan pendekatan gaya tentera dalam kepimpinannya kelak. Foto fail TVS

Prabowo janji tidak terap kepimpinan ala tentera

ByBernama

JAKARTA, 17 Mei: Presiden terpilih Indonesia, Prabowo Subianto berjanji tidak akan menggunakan pendekatan gaya tentera dalam kepimpinannya kelak, dengan menyatakan ia tidak lagi relevan.

“Saya akan menjadi diri saya sendiri dengan ikhlas,” kata Prabowo dipetik portal berita tempatan MetroTVNews ketika menjawab soalan moderator dalam sesi pleno di Forum Ekonomi Qatar di Doha baru-baru ini.

Prabowo, yang merupakan bekas komander pasukan khas tentera dan kini Menteri Pertahanan, berkata beliau telah meninggalkan dunia ketenteraan lebih 25 tahun lepas.

Sebagai seorang pemimpin, beliau berikrar untuk menjunjung prinsip, nilai dan aspirasi seorang patriot dengan berusaha untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat.

“Rakyat saya mesti selamat, bebas daripada kelaparan dan berhak mendapat kehidupan yang lebih baik,” tegas Prabowo.

Suruhanjaya Pilihan Raya Umum republik itu pada 20 Mac mengumumkan Prabowo dan Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang rasmi pemilihan presiden dan naib presiden penggal 2024-2029.

Prabowo bakal menggantikan Presiden Joko Widodo yang menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada Oktober. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan