Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman menyerahkan geran kepada Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Rangau Adinin Adol. Foto TVS

Kerajaan GPS peruntuk RM8 juta setahun kepada ADUN, laksana pembangunan – Dr Abdul Rahman

LIMBANG, 18 Mei: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM8 juta setahun kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan menyeluruh kepada rakyat.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata peruntukan yang diberikan itu juga jelas membuktikan kemampuan Sarawak dalam meningkatkan pendapatan negeri.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota menambah pendapatan Sarawak juga dijangka terus mengukuh pada tahun-tahun mendatang dibawah kepimpinan cemerlang Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kita dibawah kepimpinan Premier Sarawak berjaya meningkatkan pendapatan berlipat kali ganda, tahun lepas menghampiri RM13 bilion dan dijangka bertambah tahun ini, oleh itu kerajaan Sarawak mampu memberi peruntukan RM8 juta setahun kepada ADUN, GPS,” katanya berucap pada Majlis Penyampaian Cek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN Bukit Kota di Dewan Kampung Bunga Raya pada Jumaat.

Jelasnya dari jumlah peruntukan RM8 juta itu, RM5 juta dikhususkan untuk Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), RM1 juta bagi tujuan baik pulih rumah dan peruntukan RM2 juta setahun untuk melaksanakan pelbagai projek MRP di kawasan masing-masing. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan