Search
Close this search box.
Norizan (tengah) bercakap pada sidang media di Pejabat JKDM Sibu hari ini. Foto TVS

Kastam Sibu rekod nilai rampasan cecah RM5 juta dari Januari – Mei 2024

SIBU, 17 Mei: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sibu berjaya merampas rokok, minuman keras, barang tak berkastam dan dadah di sini dengan nilai keseluruhan RM5.126 juta dari Januari sehingga Mei 2024.

Pengarah Kastam Sarawak, Norizan Yahya berkata kejayaan tersebut dicapai melalui 55 kes yang direkodkan dengan nilai keseluruhan barang rampasan sebanyak RM2.701 juta yang melibatkan cukai sebanyak RM2.425 juta.

Menurutnya, sepasukan pegawai dari Cawangan Penguatkuasaan JKDM Sibu telah membuat serbuan sekitar jam 8.55 pagi ke atas bangunan terbiar yang beralamat di Lorong Tunku Abdul Rahman 29A, 96000 Sibu Sarawak pada 7 Mei lalu.

“Hasil pemeriksaan telah menemui sejumlah rokok dan minuman keras pelbagai jenama yang disyaki tidak berkastam dengan kuantiti sebanyak 2,130,000 batang dan arak 1,837.44 liter, rokok dan arak yang dianggarkan berjumlah RM763,874.40 dan melibatkan anggaran jumlah duti dan cukai sebanyak RM2,274,537.67,

“kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya pada satu sidang media berkaitan rampasan tersebut di Pejabat JKDM Sibu, pada JUMAAT.

Menurut Norizan, modus operandi adalah menyembunyi dan menyimpan barang tidak berkastam dalam bangunan terbiar bagi mengelak dikesan dan mengaburi pihak berkuasa sebelum diedar ke pasaran tempatan.

Tambahnya, dari Januari 2024 hingga 10 Mei 2024, JKDM Sibu telah berjaya menghasilkan 39 kes tangkapan melibatkan rokok dan minuman keras pelbagai jenama yang disyaki tidak berkastam dengan nilai barang rampasan termasuk cukai berjumlan RM3,226,451.65.

“JKDM Sibu juga telah berjaya menggagalkan enam kes cubaan membawa masuk dadah jenis Methamphetamine, Ketamine dan Ganja melalui mod udara dengan berat anggaran kasar sebanyak 46.88 kilogram bernilai RM1,488,030.00. Kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Manakala sembilan kes adalah melibatkan barang berduti yang tidak diikar dengan betul yang diperolehi di Pelabuhan Rajang Sibu dengan nilai barangan dan cukai berjumlah RM367,306.58. Kes disasat di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967.

“Satu kes pula melibatkan kenderaan asing dari negara Brunei Darussalam yang dipercayai menyalahgunakan kemudahan pengecualian cukai yang diperuntukkan di bawah Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dengan angaran nilai dan cukai berjumlah RM44,537.50.

Kes disiasat di bawah Seksyen 138 Akta Kastam 1967 yang dibaca bersama Seksyen 12 Akta Kastam 1967,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya lagi, orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.

JKDM juga menyeru orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam terdekat di semua daerah di Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan