Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam sidang media selepas berucap pada Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ratu Sirkit (QSNCC) di sini, hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Kabel dasar laut eksport bekalan elektrik, tanggungjawab Singapura – Abang Johari

ByZhahrulniza

BANGKOK 17 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan kerja-kerja tinjauan laluan kabel dasar laut untuk projek sambung tara bekalan elektrik dari Sarawak ke Singapura merupakan tanggungjawab Republik berkenaan.

Menurut beliau, Sarawak hanya membekalkan kuasa tenaga elektrik memandangkan Singapura memerlukan tenaga tambahan.

“Ya, Singapura memerlukan tenaga tambahan. Menerusi semangat ASEAN-Malaysia terutamanya Sarawak sendiri, kita telah bersetuju untuk bekerjasama apabila Singapura memerlukan kapasiti 1,000 megawatt (MW).

”Saya mengatakan baiklah kita hantar bekalan kerana Sarawak mempunyai lebih tenaga untuk kita sediakan tetapi Singapura akan bertanggungjawab ke atas kabel dasar laut yang perlu melalui perairan Indonesia kerana ia berada dalam grid Asean,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap di Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ratu Sirkit (QSNCC) di sini, hari ini.

Abang Johari mendedahkan kabel elektrik bawah laut dari Tondong, Sarawak ke Singapura akan melibatkan jarak sepanjang 720 KM di mana sekurang-kurangnya 70 peratus laluan tersebut berada di perairan Indonesia melalui koridor Muri-Midai dijangka beroperasi secara komersial pada tahun 2031.

Dalam pada itu, mengulas sama ada Sarawak mengeksport tenaga hijau ke Singapura sebagai balasan negara itu melabur dalam pembinaan pusat data, Abang Johari berkata, ia adalah inisiatif daripada hasil kerjasama dua hala antara kedua-dua pihak untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan juga penyelidikan teknologi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan