Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media acara tarian terbabit yang bertemakan 'Warna Keharmonian' di Bilik Media Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Foto TVS

Sarawak sasar tempa MBOR, 1,000 penari berpakaian etnik di Tebingan Kuching Ahad ini

BySalasiah Safian

KUCHING, 16 Mei: Tebingan Kuching akan dibanjiri lebih 1,000 peserta mengenakan pakaian etnik dalam persembahan tarian beramai-ramai sekali gus menyasarkan untuk mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada Ahad, 19 Mei ini.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata acara itu bakal disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Memakai pakaian etnik dalam persembahan tarian yang dikoreografikan. Ia mempamerkan keharmonian selain untuk mencipta rekod. Ia adalah perayaan warisan budaya global serta warisan budaya unik Malaysia yang pelbagai dan kaya. Sarawak sendiri adalah rumah kepada 34 kumpulan etnik yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media acara tarian terbabit yang bertemakan ‘Warna Keharmonian’ di Bilik Media Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, pada Rabu.

Acara tersebut merupakan anjuran Rotary Club of Kuching dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Tambahnya, acara tersebut juga akan mempamerkan perpaduan dalam kepelbagaian dan peluang berkumpul bukan sebagai individu tetapi sebagai satu kumpulan yang meraikan dan menghormati tradisi serta adat masing-masing.

Justeru itu, Abdul Karim mempelawa orang ramai yang berminat untuk menyertai acara berkenaan diminta untuk mendaftar di lokasi dengan berpakaian etnik masing-masing. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan