Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting Chiew Yew Kolam Renang Awam Miri yang akan dinaik taraf oleh Kerajaan Sarawak.Foto, TVS.

RM5 juta naik taraf Kolam Renang Awam Miri

MIRI, 16 Mei: Peruntukan lebih RM5 juta disalurkan oleh Kerajaan Sarawak untuk menaik taraf dan pengubahsuaian kemudahan fizikal Kolam Renang Awam Miri.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, projek menaik taraf itu merupakan yang terbesar akan dilakukan sejak kolam dibuka pada 1985.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau berkata, anggaran kos awal bagi perlaksanaan berjumlah RM4.064 juta dan telah diluluskan.

“(Manakala) tambahan RM1 juta bagi menaik taraf kawasan sekelingnya.

“Proses tender  sudah pun ditutup dan ketika ini kita tunggu untuk proses penganugerahannya,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat kolam itu di sini hari ini.

Jelas beliau, perincian projek itu membabitkan pemasangan bumbung fasa pertama dengan perbelanjaan sekitar RM4 juta manakala projek pembaikan pam dan pemasangan penapis baharu masing-masing sebanyak RM500,000.

“Ketiga-tiga projek ini dijangka bermula pada September ini dan dijadual siap Mac tahun depan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan