Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili ketika ditemui TVS selepas sesi makan tengahhari bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini. Foto, Alex Teo (TVS).

Persidangan Masa Depan Tenaga Asia platform terbaik promosi inisiatif SEB

ByZhahrulniza

BANGKOK, 16 Mei: Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024 mampu menjadi platform terbaik kepada agensi Kerajaan Sarawak untuk merintis kerjasama antarabangsa selain bertukar pandangan mengenai peralihan tenaga baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata, persidangan itu juga memberi peluang kepada SEB yang merupakan sebuah agensi penting dalam menyokong pembangunan teknologi hijau.

Abang Johari tiba di Bangkok hadiri Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024

“Kita di Sarawak sangat bertuah kerana mempunyai asas yang kukuh dalam dasar pembangunan tenaga boleh baharu.

“Jadi itu membolehkan kami untuk membangunkan potensi tenaga hijau di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menyertai sesi makan tengah hari bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Abang Johari bersama delegasi Sarawak kini berada di bandar raya ini untuk menghadiri persidangan itu yang bermula semalam hingga esok.

Abang Johari turut dijadual menyampaikan ucapan di pentas persidangan esok dan dijangka akan berkongsi mengenai inisiatif Sarawak membangunkan ekonomi hijau dan peralihan tenaga.

Sementara itu Sharbini memaklumkan, setakat ini SEB telah menjana 70 peratus tenaga hidro elektrik dan menjangkakan penjanaan lebih banyak tenaga baharu pada masa akan datang.

“Untuk mencapai matlamat itu, kita berhasrat untuk menjadi peneraju kuasa serantau di samping mahu berkongsi tenaga baharu yang dimiliki dengan negara jiran supaya semua boleh beralih ke tenaga hijau di rantau ini,” katanya.

SEB turut dijemput sebagai panel pada persidangan ini yang berlangsung di Pusat Konvensyen Queen Sirikit Bangkok. -TVS.

 

Editor TVS, Zhahrulniza Awang Enjah bersama jurukamera Alex Teo melaporkan dari Bangkok sempena Persidangan Masa Depan Tenaga Asia 2024.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan