Search
Close this search box.
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sepenuhnya pada Jun depan sebagai langkah menangani peningkatan penggunaan rokok elektronik membabitkan golongan muda.

KKM kuat kuasa Akta 852, tangani penggunaan rokok elektrik babit golongan muda

ByBernama

PUTRAJAYA, 16 Mei: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sepenuhnya pada Jun depan sebagai langkah menangani peningkatan penggunaan rokok elektronik membabitkan golongan muda.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan dapatan Global Adult Tobacco Survey (GATS) 2023, pengunaan rokok elektronik atau vape membabitkan golongan muda membimbangkan dan memerlukan tindakan pantas serta tuntas.

“Penguatkuasaan Akta 852 ini berserta peraturan dan perintahnya, Insya-Allah akan kita laksanakan bermula Jun 2024 sebagai respons kepada peningkatan vape, sebab dalam akta kawalan produk merokok ia juga akta kawalan vape.

“Kita harapkan dengan perintah dan peraturan kita akan dapat tangani peningkatan rokok elektroknik atau vape dalam kalangan orang muda ini,” katanya.

Parlimen: Jangan hisap vape di Parlimen, tegur Lukanisman

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan hasil penyelidikan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023: Penyakit Tidak Berjangkit dan Permintaan Penjagaan Kesihatan dan GATS 2023 di sini hari ini.

GATS 2023 diterbitkan Institut Kesihatan Umum, KKM  dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

Dapatan utama GATS 2023 yang dikeluarkan hari ini memaklumkan prevalens pengguna rokok elektronik semasa meningkat secara drastik daripada 0.8 peratus pada 2011 kepada 5.8 peratus pada 2023.

Prevalens pengguna rokok elektronik dalam kalangan perokok berusia 15 hingga 24 tahun meningkat kepada 8.6 peratus pada 2023 berbanding 1.1 peratus pada 2011, menurut GATS 2023.

Selain itu, GATS 2023 turut mendedahkan prevalens dwipengguna iaitu tembakau dan rokok elektronik meningkat daripada 0.8 peratus pada 2011 kepada 3.9 peratus pada 2023.

“Ramai pengguna rokok elektronik adalah daripada kumpulan usia yang lebih muda. Tiga alasan utama penggunaan rokok elektronik adalah tersedia dalam perisa digemari.

“Alasan lain adalah persepsi bahawa kurang memudaratkan berbanding menghisap rokok selain ia mudah dinikmati,” demikian menurut GATS 2023.

Menurut laporan tersebut, seramai 4.8 juta atau 19.0 peratus orang dewasa di Malaysia adalah perokok tembakau manakala 3.7 orang dewasa merokok setiap hari.

“Purata perbelanjaan rokok setiap bulan adalah RM178 bagi kategori nasional, RM195 untuk bandar dan RM136.3 untuk luar bandar,” menurut GATS 2023.

GATS 2023 turut mendedahkan sebanyak 9.0 peratus perokok tembakau dewasa merancang untuk berhenti merokok dalam masa sebulan manakala 13.0 peratus merancang berhenti dalam masa 12 bulan.

“Sebanyak 37.0 peratus merancang untuk berhenti merokok suatu hari nanti. Walau bagaimanapun, 41.0 peratus perokok tembakau dewasa tidak merancang berhenti merokok,” menurut laporan itu.

Pengumpulan data GATS 2023 dijalankan pada Jun dan Julai 2023 di seluruh negeri dan Wilayah Persekutuan melibatkan 5,780 isi rumah yang terpilih secara rawak. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan