Search
Close this search box.
Aplikasi e-Taib yang diperkenalkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji merupakan aplikasi terkini yang dibangunkan untuk memudahkan urusan jemaah haji bersoal-jawab mengenai soal hukum-hakam melalui perbualan langsung (live chat) bersama guru-guru agama. Foto, Zen Hashim (TVS).

Khidmat 24 jam e-Taib disediakan TH bantu jawab persoalan jemaah haji

ByLuqman Muhammad

MAKKAH, 16 Mei: Aplikasi e-Taib yang dibangunkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) memudahkan urusan jemaah haji mendapatkan pencerahan hukum hakam melalui perbualan langsung (live chat) bersama guru-guru agama.

Pengarah Operasi Bimbingan TH, Shahrin Awaluddin berkata, inisiatif digital itu merupakan salah satu usaha berterusan pihaknya dalam memperkasakan cara penyampaian bimbingan ibadah haji.

“Kalau dahulu jemaah akan jumpa Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) di maktab tetapi sejak pengenalan sistem e-Taib ini, ia membolehkan jemaah akses terus kepada teks disediakan malah boleh mengajukan apa sahaja persoalan berkaitan ibadah kepada pembimbing,” katanya kepada pemberita di sini, baru-baru ini.

Tambah beliau, jemaah juga tidak perlu lagi beratur panjang ketika mahu mendapatkan pencerahan daripada guru agama.

“Tahun lepas kita telah menerima lebih 8,000 soalan di sistem e-Taib manakala untuk musim haji 1445H setakat hari ini, kita telah terima 115 soalan,”tambahnya.

Jelas Shahrin, pihaknya akan segera untuk menyelesaikan soalan yang diterima bagi memastikan tidak timbul sebarang kemusykilan dalam kalangan jemaah.

“Kalau soalan biasa kita akan jawab segera, namun bagi persoalan yang memerlukan rujukan pakar, kita memerlukan tempoh sekurang – kurangnya 24 jam,” tambahnya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan