Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman menyerahkan bantuan Gawai kepada salah seorang penerima. Foto TVS

Kaji semula kadar bantuan kebajikan ekoran kenaikan kos hidup

LIMBANG, 16 Mei: Kerajaan Persekutuan diminta supaya mengkaji semula kadar bantuan kebajikan kepada golongan sasar susulan peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, penilaian juga perlu dilaksanakan secara berterusan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata, sekiranya soal peningkatan kos hidup tidak diambil kira, bebanan golongan sasar tidak dapat dikurangkan walaupun menerima bantuan kerajaan.

“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak sudah membelanjakan kira-kira RM250 juta setahun namun kita minta kaji semula kadar yang diberikan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sejambak Kasih Gawai 2024 Bahagian Limbang di Dewan Bunga Raya hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak, Adana Jed, Residen Limbang, Yunus Tambi dan Pegawai JKM Bahagian Limbang, Wan Muhammad Hasif Wan Jamari.

Beliau turut memaklumkan seramai 3,005 orang penerima di Limbang layak menerima bantuan JKM.

“Daripada jumlah itu seramai 583 penerima untuk perayaan Gawai Dayak kali ini,” katanya.

Katanya bantuan yang diberikan itu diharap dapat meringankan beban kewangan serta menceriakan mereka untuk menyambut perayaan itu tidak lama lagi. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan